Thursday, March 17, 2016

HOLIDAY IN GREECE !!!! XOXOXOXOXOXO


Bercuti ke Greece .  Apa ada di Greece? Di mana letaknya negara Greece ?Best ke bercuti dan melancong ke sana ? Banyak soalan tentang Greece kerana negara ini mungkin kurang terkenal pada rakyat kita tetapi baru-baru ini kita jika anda menonton tv atau membaca surat khabar pasti ternampak berita tentang kemelesetan ekonomi negara tersebut.
Keadaan ekonomi yang terjejas si sana menyebabkan rakyatnya menjadi huru hara lebih lebih lagi bila bila wang mereka di bank di sekat dan di hadkan pengeluarannya.Saya sendiri tak pernah ke Greece lagi. Dengan keadaan ekonomi Greece sekarang ( negara kita pun lebih kurang ), sesuaikah negara tersebut menjadi destinasi percutian ?
Greece atau di sebut ‘gris ‘ adalah sebuah negara eropah yang terletak di semenanjung Balkan yang berbukit bukau  dengan taburan pulau yang banyak.
Negara ini banyak menyimpan kesan peninggalan sejarah melalui monumen serta bangunan – bangunan lama yang masih di jaga utuh. Bagi pencinta sejarah dan arkeologi rasanya tempat ini adalah paling sesuai dengan mereka. Kalau kaki shopping mungkin tidak .
Jom tengok apa yang saya jumpa bila mencari info apa yang menarik di sana jika mahu bercuti  ke Greece.
 1.The Accropolis

Acropolis Di Athens, Ibu Negara Greece

Acropolis merupakan sebuah kota lama yang kaya dengan monumen peninggalan sejarah yang berusia beribu-ribu tahun. Ia terletak di Athens ( nama greeknya ialah Athena ) ibu negara Greece. Accropolis tersenarai dalam Unesco World Heritage atau tapak warisan dunia.

No comments:

Post a Comment