Saya teringin sekali menjejakkan kaki ke Mekah. Tetapi panggilan untuk mengerjakan ibadat haji belum lagi diterima. Giliran saya selepas mendaftar pada tahun 2006 mengambil masa sepuluh tahun lagi.
Pada tahun 2009 perasaan untuk ke tanah suci begitu membuak-buak. Saya ke Tabung Haji Pulau Pinang meminta mereka mencalonkan nama saya. Tetapi saya diberitahu bahawa saya perlu menunggu 5 tahun selepas mendaftar untuk membuat rayuan. Banyak lagi alasan-alasan yang diberikan yang membuatkan saya tidak dapat pergi. Kesemua alasan yang diberikan menggambarkan untuk ke Mekah ianya terlalu sukar. Antara faktor lain ialah usia dan mahram.

Setiap kali melihat jemaah di tanah suci di kaca tv saya rasa amat terharu. Setiap hari saya berdoa, solat taubat dan solat hajat supaya dijemput Allah.
Entah mengapa pada hari itu saya rasa ingin menghubungi kawan saya Liza yang sudah 10 tahun tidak saya hubungi. Ingat tak pada Liza? Saya pernah ceritakan pengambaraan saya dengan Liza ke Jinan China. (Kalau ingin imbas kembali kisah itu sila klik di sini).
Ketika saya menghubungi Liza melalui telefon, Liza memberitahu saya yang dia sedang berada di hadapan Kaabah mengerjakan Haji. Menurutnya dia baru sahaja mendaftar haji sebulan yang lalu. Dan dia pergi tanpa mahram. Mahramnya ialah jemaah wanita yang lain. Saya amat terkejut. Selama ini saya mendapat maklumat yang tidak tepat. Saya meminta Liza mendoakan saya di hadapan Kaabah supaya Allah menjemput saya pula. Saya terlalu ingin ke sana. Perasaan itu tidak dapat dibendung lagi. Kata Liza, "Pekerjaan yang baik dipermudahkan Allah." Saya percaya dan yakin dengan kata-kata Liza itu.
Di pintu masuk Masjid al-Nabawi ada polis wanita berpurdah yang mengawal serta memeriksa semua beg yang dibawa masuk oleh setiap wanita. Mereka juga meraba-raba badan setiap wanita yang masuk. Saya telah diberitahu Liza bahawa telefon bimbit yang berkamera tidak boleh dibawa masuk, lalu saya menyorokkan telefon bimbit saya di dalam poket rahsia di dalam baju saya. Mujur ia tidak ditemui oleh polis wanita itu walaupun badan saya diraba. Saya dan Liza masuk ke dalam ruang solat wanita. Saya sangat gembira kerana dapat solat di Masjid Nabawi iaitu masjid yang dibina oleh Nabi Muhammmad SAW ketika berhijrah dari Mekah. Tapak pemilihan masjid ini telah ditentukan oleh unta yang membawa Nabi SAW dari Quba'.
Kami berjalan kaki pulang ke bilik hotel untuk berehat. Sebelum masuk waktu subuh kedengaran azan untuk solat tahajud jelas dari hotel saya. Saya perhatikan di jendela dan kelihatan ramai orang berbondong-bondong menuju ke masjid. Terasa amat kagum dengan cara mereka beribadah. Kami pun keluar ke masjid turut solat tahajud dan subuh.
Masjid Nabawi terlalu indah binaannya dan amat luas. Masjid ini sentiasa dikunjungi ramai. Ini ialah masjid yang kedua penting selepas Masjidil Haram.
Ziarah ke Masjid al-Nabawi adalah sunat. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak harus kamu bersusah payah musafir kecuali kepada tiga masjid. Masjid aku ini, Masjid al-Haram dan Masjid Al-Aqsa." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kelebihan menunaikan solat di Masjid Nabawi dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sanadnya yang sahih daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Solat di Masjid aku ini lebih baik daripada seribu solat di tempat-tempat lain kecuali di Masjid al-Haram"
No comments:
Post a Comment