Friday, March 11, 2016

ATTENTION TO ALL HIJABSTER !!! I THINK YA'LL SHOULD TRY THIS... ITS CUTE !!!!!!


Setiap detik, setiap masa dan setiap hari pasti akan muncul pelbagai tutorial tudung yang menarik dan unik. Dan tutorial pada kali ini adalah salah satu daripadanya. Jika anda sudah berasa bosan dengan gaya selendang anda, gaya selendang kali ini mungkin menarik minat anda untuk mencubanya. Mengapa? Sebab ia sangat mudah dan pantas. Hasil akhirnya juga berjaya memberi pandangan lain mengenai diri anda. Bentuk asimetri yang terbentuk pada bahagian wajah hasil dari gaya selendang ini sudah pasti menarik mata-mata lain melihat keunikan fesyen hijab anda. 


Mari kita lihat tutorial mudah yang ditunjukkan oleh model yang comel ini.

Antara perkara yang diperlukan:

  1. Inner neck
  2. Selendang (kosong atau bercorak)
  3. Jarum peniti atau pin kerongsang


  • Pakai inner neck dengan kemas. Langkah pertama gaya selendang ini berbeza dengan gaya selendang yang lain. Letakkan selendang di atas kepala dengan salah satu bahagian hujung dipinkan di bahagian belakang kepala seperti di dalam gambar. Kemudian, tarik semua selendang di belakang kehadapan.

  • Ambil selendang bahagian dalam terlebih dahulu dan bawanya ke bahagian atas kepala. Setelah itu sematkan jarum peniti dengan kemas dan berhati-hati.


  • Ambil selendang bahagian dalam terlebih dahulu dan bawanya ke bahagian atas kepala. Setelah itu sematkan jarum peniti dengan kemas dan berhati-hati.


  • Kemudian, ambil pula bahagian luar selendang dan lilit di sepanjang kepala anda. Usah lilit dengan ketat. Jarum peniti boleh disematkan di bahagian atas atau tepi kepala agar ia tidak jatuh dan tertanggal.


  • Siap dah!! Mudah dan menarik bukan hasilnya? Apa lagi, cubalah sendiri.
Bagi para hijabista yang ingin menampilkan bahagian diri yang lain, gaya ini adalah satu pilihan menarik untuk anda. Ia bukan sahaja kreatif dan mudah, malah kelihatan moden dan segar kerana efek asimetri yang terhasil.
Untuk menyerlahkan lagi efek tersebut, padanan warna selendang dan anak tudung yang dipilih haruslah tepat. Elakkan daripada memilih warna yang sama kerana efek asimetri itu tidak akan kelihatan dan kurang terserlah. Di sinilah pengetahuan anda mengenai konsep ‘colour block’ boleh dimanfaatkan. Bukan sahaja pakaian yang boleh di ‘color block’kan, tudung pun boleh ya!
Tidak kira ke mana jua destinasi anda, ke kelas, ke pejabat, keluar berhibur bersama teman-teman mahupun menghadiri majlis keramaian, gaya ini bersesuaian dan sangat versatil. Hanya tambahkan penggunaan aksesori seperti rantai dan juga anting-anting untuk menyerlahkan lagi penampilan anda apabila hadir ke majlis-majlis istimewa. Sudah tentu ia akan melengkapkan lagi penampilan diri sebagai seorang wanita yang anggun dan moden.
Bergaya dan berfesyen tidak salah, namun sebagai seorang wanita Islam, penjagaan aurat itu masih penting. Apabila anda memilih gaya selendang ini untuk keluar, pastikan inner neck yang dipakai itu dapat menutup bahagian leher dengan sempurna. Sekiranya anda ingin melabuhkan lagi gaya ini agar dapat menutupi dada dengan sempurna, anda boleh memilih selendang yang labuh dan bersaiz lebar.

Giliran Anda

Bagaimana? Menarik dan kreatif tak gaya ini untuk anda cuba? Ataupun jika anda mempunyai cadangan dan pandangan yang lebih menarik, kongsikan bersama kami dengan menyatakannya di ruang komen di bawah.

No comments:

Post a Comment