First, ika nak cerita pasal restoran dia la. Dekorasi dia sangat simple. Sebab Epic Fit Meals ni bukanlah macam restoran besar-besar yang boleh kita dine-in. Pemilik restoran Epic Fit Meals hasilkan restoran ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan servis hantar ke rumah (delivery service). Jadi, ruang restoran cuma ada dapur, kaunter dan satu meja dan beberapa kerusi sahaja untuk pelanggan menunggu ataupun bagi mereka yang ingin makan di situ pun boleh. Cuma, tak dapat menampung jumlah yang ramai la.
Apa pun, suasana restoran sangat-sangat selesa. Ika suka sangat! Lagi-lagi Ika datang dengan kawan-kawan yang kecoh-kecoh. Bingit jugak la restoran. Nasib baik la team Epic Fit Meals layan kitorang dengan baik sekali.
Sebelum fana kongsikan menu-menu makanan Australia yang terdapat di Epic Fit Meals, fana nak kongsikan info untuk korang yang berminat nak dapatkan servis delivery oleh driver-driver delivery Epic Fit Meals ni. Buat masa ini, kawasan yang hanya boleh dapatkan servis delivery daripada pihak Epic Fit Meals merangkumi kawasan berikut :
1. Damansara Perdana
2. Mutiara Damansara
3. Damansara Utama
4. Taman Tun Dr. Ismail
5. Kota Damansara
6. Tropicana
7. Bandar Utama
Servis delivery adalah PERCUMA ! Korang tak perlu bayar delivery charge macam mana yang dikenakan oleh restoran-restoran makanan segera yang lain. Dan, yang paling best, korang boleh dapat makanan korang dalam tempoh 30 minit sahaja selepas panggilan dibuat. Seronoknya kan? Kalau korang nak try rasa makanan Australia, boleh la try Epic Fit Meals. Terutamanya untuk korang yang nak guna servis delivery, just call 7733-3375 to order or do it via Whatapps at 017-9380000.
Okay, nak cerita jugak la macam mana Epic Fit Meals ni ditubuhkan. Pemilik restoran dulu pernah menetap sementara di Melbourne, Australia. Jadi, setelah tinggal di sana, beliau mendapati bahawa makanan-makanan yang disediakan di Australia kebanyakannya dihasilkan untuk menjaga kesihatan. Bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya juga menepati piawaian makanan berkhasiat seperti tidak digoreng menggunakan minyak, dan kebanyakan bahan-bahan masakan adalah bahan organik.
SO !! COME AND TRY IT YOURSELF !!!